Kepentingan Kemahiran Untuk Graduan Masa Depan
PENGENALAN Dalam persaingan dunia kerjaya yang kian mencabar, ramai pihak beranggapan sudah cukup jika graduan hanya mempunyai kelayakan akademik serta beberapa kemahiran tertentu. Graduan yang telah menamatkan pengajian di Institusi-institusi Pengajian Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS), akan berdepan dengan cabaran yang hebat dalam mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan serta kursus yang diambil semasa belajar. Bakal graduan yang bakal menamatkan pengajian akan menghadapi kesukaran dalam mencari pekerjaan, seandainya mereka kurang menguasai pelbagai kemahiran yang perlu ada dan perlu dikuasai oleh bakal graduan ketika berada di universiti. Apatah lagi budaya persaingan dalam konteks pekerjaan sama ada dalam bidang swasta atau kerajaan semakin tinggi dan seringkali menjadi punca graduan menganggur. Menurut statistik yang direkodkan oleh Kementerian Sumber Manusia pada tahun 2011, seramai 32,000 graduan...